Sunday, March 27, 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 dan Hari Pelaporan






Pada hari Ahad tepat jam 9.30pagi , berlangsungnya mesyuarat PIBG kali ke-36 di dewan SMK. Tanah Putih Kuantan. Meyuarat ini dengan kehadiran ibu bapa yang tidak sampai 200 orang amat mendukacitakan pihak sekolah. Pada sesi 2011/2012 tapuk Yang Dipertua PIBG telah beralih tangan. Banyak muka-muka baru mula menerajui barisan PIBG pada kali ini. Tahniah kepada barisan PIBG yang telah dilantik . Mesyuarat PIBG ditangguhkan pada jam 10.30am . Sedikit jamuan ringan disediakan untuk tetamu yang datang. Pada jam 11.00 pagi , hari pelaporan diadakan dan mengikut pemerhatian yang dibuat kehadiran ibu bapa juga mendukacitakan pihak sekolah. Objektif diadakan hari pelaporan oleh pihak sekolah adalah untuk para ibu bapa mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka.

2 comments:

  1. sedih sebab kehadiran ibubapa amat sedikit, seperti mesyuarat guru-guru smktp aje!

    ReplyDelete

Followers