Wednesday, June 10, 2009

Pelaksanaan Program @ Aktiviti HEM

Pelaksanaan program atau aktiviti HEM di sekolah berasaskan bidang-bidang yang terangkum dalam unit HEM itu sendiri meliputi kebajikan pelajar dan kokurikulum.

1. Matlamat Program HEM

Antara matlamat program hal ehwal murid ialah:

* Membantu dalam perkembangan diri murid/pelajar supaya

* berfungsi sebagai individu yang seimbang.

* Memupuk semangat berdikari.

* Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan.

* Membantu merancang hidup yang lebih bermakna dan berkesan.

* Memberi dorongan dan motivasi dan semua aspek.

* Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ilmu yang berbagai-bagai.

* Memperkembangkan potensi dan kebolehan ke tahap maksima.

* Membantu murid/pelajar meringankan masalah yang dihadapi.

* Menyedarkan murid/pelajar tentang pentingnya hidup bermasyarakat.

* Menyuburi potensi kepemimpinan di kalangan murid/pelajar

2. Elemen-elemen penting dalam program HEM:

i. Menyelesaikan masalah

ii. Membuat keputusan

iii. Hubungan manusia

iv. Komunikasi yang efektif


.../rbj

No comments:

Post a Comment

Followers