Tuesday, March 22, 2011

Laporan Kem Jati Diri 2011

Alhamdullilah , kem jati diri berjaya dilaksanakan walaupun dalam hujan yang lebat dengan penyertaan hampir 80 orang pelajar dengan dibantu oleh guru-guru kaunseling dan penglibatan 2 0rang guru disiplin. Terima kasih yang tidak terhingga juga atas kesudian Guru Penolong Kanan HEM berkampung bersama-sama murid-murid di Taman Pertanian sepanjang kem berlangsung. Menurut beberapa orang murid yang telah menyertai kem ini mengatakan bahawa aktiviti agak mencabar kerana hujan yang turun dari pagi hingga petang tanpa henti. Keadaan ini menyebabkan air di tempat mereka menjalani aktiviti berada pada paras peha dan ada juga hingga paras pinggang. Walaubagaimanapun , aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

Followers