Friday, July 31, 2009

Garis Panduan Tindakan J/K Kantin

1. Menentukan peraturan kantin – rujuk buku panduan kantin.
2. Menguatkuasakan peraturan kantin dengan bantuan pengawas sekolah.
3. Menentukan jenis makanan / minuman yang dilarang serta mutu makanan yang dijual.
4. Mengawal harga makanan dan minuman yang dijual.
5. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar kantin.
6. Mengadakan carta organisasi penyelarasan kantin.

Thursday, July 30, 2009

H1N1 : 4 buah sekolah di Pahang ditutup seminggu


Penularan wabak H1N1 di sekolah membawa kepada penutupan 4 buah sekolah di negeri Pahang, iaitu di daerah Kuantan, Maran, Raub dan Lipis.

Sekolah-sekolah tersebut ialah SMART, SMK Seri Jengka, SMK Clifford dan SMS Tengku Abdullah.

Awal minggu ini Kementerian Pelajaran Pelajaran telah memperuntukkan RM3.6 juta bagi membeli alat pencegahan penularan wabak virus Influenza A (H1N1) untuk diagihkan kepada semua sekolah di seluruh negara. Peruntukan ini membolehkan semua sekolah membeli termometer, topeng penutup muka dan hidung serta bahan sanitasi untuk pelajar.

Sumber petikan akhbar : Berita Harian, 20 Julai 2009

Semoga H1N1 tidak 'sampai' di SMKTP.../rbj

Monday, July 27, 2009

Suntikan Cegah Penyakit Kancing Gigi




Bermula 27 Julai hingga 28 Julai 2009, suntikan untuk mencegah penyakit kancing gigi bagi murid-murid Tingkatan 3 akan diadakan. Pagi tadi bertempat di Dewan Blok Baharu, SMKTP, murid-murid Ting. 3 mula dipanggil untuk suntikan, yang bermula pada pukul 9.15 pagi.

Suntikan ini dijalankan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Puan Adhipah Kandar selaku guru penyelaras unit kesihatan sekolah telah memastikan semua urusan berjalan dengan lancar.

Berikut sedikit info berkenaan penyakit kancing gigi :

Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Kancing gigi terjadi akibat luka yang dicemari oleh spora bakteria jenis Clostridium tetani. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi./rbj

Sunday, July 26, 2009

5 Amalan yang baik di bilik darjah


Amalan 1 : Simpati dan Empati

• Imbas latar belakang murid-murid (scanning)

• Kaji faktor-faktor menyebabkan murid-murid kurang berminat, kurang berfokus dan kurang mahir.

• Cuba letakkan diri dalam kasut murid-murid (lihat dari perspektif murid-murid).

• Cuba rasa cara mereka rasa.

• Cuba fikir jenis guru anak diri kita yang kita suka.

• Ada jiwa guru yang sebenar.


Amalan 2 : Sensitif dan Reflektif

• Peka kepada respons murid-murid.

• Harus ingat diri sentiasa dinilai oleh semua murid di kelas.

• Tingkahlaku, gerak-geri, wajah dan emosi murid-murid ialah barometer kejayaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Perlu sentiasa baca barometer itu.

• Selalu buat refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu untuk penambahbaikan.


Amalan 3 : Proaktif dan Inovatif

• Jangka apa yang mungkin boleh berlaku dan amalkan ‘cegah sebelum parah’.

• Elakkan stereotaip. Manfaatkan sepenuhnya teknologi terkini seperti ICT, multimedia dan alatan digital untuk meningkatkan dayasaing dengan tarikan zaman moden (permainan komputer, sms, Internet, iPod dll.)


Amalan 4 : Aktif dan Positif

* Tidak berhenti belajar – Amalan pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning).

* Cuba dan laksana – Belajar dan buat bahan-bahan multimedia untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
* Mindset yang positif – Kemajuan dan pembaruan adalah sesuatu yang baik dan membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.


Amalan 5 : Formatif dan Sumatif

• Sentiasa menilai diri dan murid-murid.

• Nilai diri berdasarkan respons murid dari mula sehingga ke akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

• Nilai murid berdasarkan kefahaman dan kemahiran dari mula, pertengahan sehingga ke akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

• Melihat kegagalan murid sebagai kegagalan diri – Akauntabiliti.


Sumber : Thinking Allowed, Yew Kok Leh

/rbj

Friday, July 24, 2009

Sekolah Selamat

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin murid-murid. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, murid, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.

Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

Apakah Sekolah yang Selamat?

Sekolah selamat adalah satu fenomena yang agak baru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun dan bertujuan di mana murid-murid dan kakitangan sekolah adalah bebas untuk belajar dan pengajaran berlaku secara bebas tanpa apa-apa gangguan secara fizikal ataupun secara psikologi. Dengan perkataan lain, sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua murid di sekolah mempunyai peluang untuk belajar dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

Sesebuah sekolah dikatakan selamat sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut :

* mempunyai sensitiviti dan rasa hormat kepada semua individu
* persekitaran yang tidak mengalami sebarang gangguan
* tingkahlaku pelajarnya dapat dijangkakan dengan jelas
* dasar disiplin adalah konsisten dan ditadbirkan dengan adil
* muridnya mempunyai rasa terikat atau menyayangi sekolah
* tingkah laku yang positif mendapat sokongan dan pengiktirafan pihak sekolah
* prosedur-prosedur tentang keselamatan sekolah adalah proaktif
* warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah
* rancangan respon terhadap kecemasan adalah mantap
* penyelenggaraan sekolah menepati masa
* aspek kebersihan menjadi amalan
* rupa bentuk sekolah dan bilik kelasnya adalah cantik

Jadikanlah SMKTP sebuah sekolah yang selamat untuk semua...

/rbj

Tuesday, July 21, 2009

Kantin sekolah

Kantin sentiasa menjadi tumpuan murid dan guru. Pagi, waktu rehat dan selepas habis sekolah, begitu juga di sebelah petang. Apabila loceng waktu rehat berbunyi, murid-murid akan berkejar ke kantin untuk mengalas perut.

Kantin SMKTP kini sudah berubah wajah. Bangku panjang yang dahulunya dijadikan tempat duduk untuk makan sudah diganti dengan kerusi yang baru. Nampak lebih kemas dan tersusun. Diharap murid-murid SMKTP akan menjaga kemudahan ini dengan baik dan sentiasa memastikan kantin sekolah berada dalam keadaan yang bersih.

Kebersihan kantin merupakan satu isu penting yang menjadi perhatian semua pihak.

Perangkaan Kementerian Pelajaran mendedahkan setiap tahun kira-kira 200 kes keracunan makanan dan minuman berlaku di kantin sekolah di seluruh negara. Ini bermakna setiap hari persekolahan terdapat purata satu kes keracunan berlaku berdasarkan kepada jumlah hari persekolahan sekitar 200 hari dalam setahun.

Jumlah kes itu termasuk yang hanya melibatkan bilangan murid yang kecil dan tidak dihebohkan melalui media. Banyak atau sedikit murid yang menjadi mangsa tidak menjadi ukuran untuk mengabaikan kes itu dan menganggapnya sebagai kes terpencil. Memang jika dilihat pada peratusan kes, ia amat kecil kerana purata satu kes sehari itu adalah dari belasan ribu buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Apa yang pasti, kejadian keracunan makanan boleh dielak jika pihak pengusaha kantin mematuhi peraturan kebersihan dan pengendalian dipatuhi sepenuhnya.

Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai pendekatan untuk mengatasi masalah yang berlarutan saban tahun dan perkara ini tidak boleh dipandang mudah memandangkan ia melibatkan keselamatan murid.

Bermula April 2008, kantin sekolah di seluruh negara dinilai dalam aspek kebersihan pengendalian dan penyediaan makanan mengikut gred A hingga D. Pemberian gred itu digunakan untuk tujuan pemantauan, tindakan dan juga penilaian dalam penyambungan kontrak.

/rbj

Monday, July 20, 2009

Isu Murid Ponteng Sekolah

Masalah ponteng sekolah merupakan satu isu penting yang perlu ditangani oleh semua pihak. Seseorang murid yang ponteng sekolah akan menimbulkan banyak implikasi kepada sekolah, keluarga dan masyarakat.

PERANGKAAN terkini bilangan murid yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang. Meskipun angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan murid keseluruhan, ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat keseluruhan.

Pihak kementerian boleh merencanakan pelbagai program dan guru bertindak sebagai pelaksana, namun segalanya itu akan menjadi sia-sia jika kerjasama daripada seluruh anggota masyarakat tidak diperolehi. Guru boleh melaksanakan pelbagai program yang bersifat merangsang murid untuk hadir ke sekolah, mengenakan denda dan hukuman yang bersesuaian kepada murid yang ponteng, namun begitu, segalanya pasti tidak akan terjawab tanpa kerjasama dan penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam usaha untuk membasmi gejala yang negatif itu.

Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas, iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketika yang sama selamat sampai ke sekolah.

Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anakmereka tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks beli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi murid di luar bandar.

Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah, sering bertanyakan rakan anak-anak atau pemandu bas serta juga perlu selalu melihat apa yang terkandung dalam beg sekolah anak-anak.

Apa yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama ada anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Bukti anak ke sekolah boleh dilihat menerusi buku latihan atau nota yang tentunya mempunyai tarikh sementara dalil menunjukkan murid melencong ke tempat lain ialah adanya 'seragam simpanan' dalam beg mereka.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, terdapat ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka ponteng sekolah berada di rumah sendiri tanpa bertanyakan sebab yang munasabah mengapa anak mereka tidak ke sekolah.

Malahan, ada pula murid yang memburukkan guru disiplin yang terlalu garang, yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk ke sekolah atau memberikan alasan yang remeh seperti pemeriksaan mengejut mingguan pada setiap Isnin, pelbagai macam jenis sakit, kasut kotor, atau terlepas bas sebagai helah pertanyaan ibu bapa mereka.

Kesimpulannya, dalam apa jua perkara yang melibatkan dunia pendidikan, kerjasama dan muafakat semua pihak penting bagi mengatasi setiap masalah yang timbul.

/rbj

Thursday, July 16, 2009

Tegas pada tempatnya


Kita seringkali berhadapan dengan karenah murid-murid yang cukup menguji kesabaran.

Mereka bijak memberi pelbagai alasan apabila tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Mereka tahu siapa guru yang boleh dikelentongkan...dan sebaliknya! Untuk itu, kita perlu bertegas dengan mereka.

Kawalan kelas juga berkait rapat dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh guru apabila berada di dalam bilik darjah. Guru perlu menggunakan 'kreativiti' mereka untuk menjadikan bilik darjah ‘hidup’ dan berada dalam keadaan yang ‘terkawal.

Yang paling penting, kita perlu menunjukkan nilai budi bahasa yang tinggi walau dalam apa situasi sekalipun.

Tanya diri … cukup tegaskah kita dengan karenah anak-anak didik kita, atau kita bersikap “seperti Si Luncai terjun dengan labu-labunya … biarkan…biarkan…”

Diri sendiri yang ada jawapannya….

/rbj

Wednesday, July 15, 2009

“Telefon bimbit – rampas jika ingkar”


Begitulah peringatan daripada Datuk Seri Hishamuddin suatu masa dahulu ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran berkaitan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid-murid sekolah. Menurut beliau, sekolah mempunyai kuasa untuk merampas telefon bimbit murid yang masih membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Walaupun penggunaan alat telekomunikasi itu sudah semakin meluas, murah dan mudah, tidak bermakna murid mesti membawa telefon bimbit ke sekolah. Mudah menghubungi ibu bapa tidak boleh dijadikan alasan untuk menggunakan telefon bimbit di sekolah kerana murid boleh berjumpa guru jika ditimpa masalah atau kecemasan.

Jika sekadar mahu menghubungi ibu bapa atau rakan atas urusan yang tidak penting, murid boleh menggunakan telefon awam yang terdapat di sekolah.

Di SMKTP, masih terdapat murid yang ‘curi-curi’ bawa telefon ke sekolah. Mereka akan memberi pelbagai alasan sekiranya telefon mereka dirampas. Walaupun pihak sekolah mengambil tindakan tegas dengan ‘menyimpan’ telefon itu sehingga akhir tahun, tetapi masih ada yang tidak serik…

/rbj

Tuesday, July 14, 2009

Kita cakna, kita tanya...


Ada antara anak didik kita yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Hal ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah latar sosio ekonomi keluarga. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk maju dalam akademik, timbul masalah ketidakhadiran ke sekolah serta berlaku kes perlanggaran disiplin yang lain.

Kelompok murid seumpama ini seringkali akan melakukan perkara yang tidak pernah mereka lakukan di rumah, yang kadang-kadang boleh memeningkan kepala kita. Mereka sebenarnya ingin menarik perhatian guru-guru mereka....

Selain itu, anak-anak ini sangat sukar untuk bercerita tentang masalah yang mereka hadapi, kecuali kena dengan pendekatannya.

Oleh itu, sebagai pendidik, kita perlu cakna terhadap anak didik kita...
* jadilah seorang pendengar yang setia - dengarlah luahan hati mereka;
* jadilah seorang yang boleh dipercayai - simpanlah 'rahsia' mereka;

* jadilah seorang yang sentiasa peka - lihatlah perubahan pada diri mereka.


Kenali Murid
Kenali Keluarga dan
Kenali Kehidupan Mereka.

Kita pasti mampu mengubahnya !

nota: ingatan kepada diri sendiri...

/rbj

Monday, July 13, 2009

Bagaimanakah Sekolah Mengawal Murid-murid Agar Peraturan Dipatuhi...


Sekolah merupakan institusi yang memerlukan dasar disiplin yang kukuh. Dalam usaha mewujudkan satu sistem disiplin yang mantap, maka pihak pentadbir dan guru memerlukan kuasa untuk mengamal dan melaksanakan dasar disiplin itu. Kuasa dan kewibawaan ini diperturunkan melalui peraturan-peraturan mengenai disiplin.

Segala tindakan dan tingkahlaku pihak pentadbir, guru-guru dan murid sewaktu di sekolah haruslah bersempadankan atau mematuhi peraturan-peraturan ini. Seboleh-bolehnya Pengetua dan guru-guru yang terlibat dengan perjalanan peraturan di sesebuah sekolah haruslah sentiasa peka akan wujudnya peraturan-peraturan berkenaan dan seterusnya mengambil kira kandungan peraturan tersebut semasa menjalankan tugas mereka.

Masalah disiplin yang berlaku di sekolah dianggap oleh masyarakat sebagai satu daripada tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh pihak sekolah bagi mengatasinya. Oleh itu pihak pentadbir dan guru-guru hendaklah mencari jalan terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan bukannya bertujuan untuk menyusahkan murid. Dengan penyelesaian yang baik akan menunjukkan kewibawaan pihak sekolah dalam mengatasi masalah perlanggaran peraturan ini. Beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengawal murid agar dapat mematuhi peraturan dapat dilakukan. Antara langkahnya ialah:-

1. Kepemimpinan yang tegas.

Seperti yang sedia maklum, stail kepemimpinan terbahagi kepada empat jenis iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan benovilant equalvilant. Pengetua atau pihak pentadbir boleh memainkan peranan dengan menggunakan stail yang sedia ada untuk mengawal murid agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Stail yang hendak digunakan mestilah bersesuaian dengan situasi masalah yang dihadapi. Ini bertujuan untuk murid berasa peraturan yang dikenakan mestilah diikuti dan bukannya sebagai satu hukuman. Bentuk tindakan yang diambil boleh merupakan nasihat, amaran, denda atau sebagainya. Matlamatnya yang utama adalah untuk memastikan murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

2. Bimbingan dan kaunseling

Kaunselor boleh memainkan peranannya dengan memberi maklumat dan juga garis panduan mengenai peraturan sekolah. Tugas kaunselor ialah untuk memberi penjelasan sebab-sebab peraturan yang ditetapkan harus dipatuhi oleh murid. Bagaimana ia dijalankan terpulanglah kepada kaunselor dalam membuat penilaian terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.

Rujukan : Kecemerlangan Pendidikan Dalam Agenda Pembangunan Negara

/rbj

Sunday, July 12, 2009

Peraturan Sekolah : Satu Kajian Kes (iv)


sambungan daripada entri terdahulu...

BAHAGIAN C : WAKTU PERSEKOLAHAN


1. Hari persekolahan ialah pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, dan mana-mana hari lain yang ditetapkan, mengikut Jadual Waktu Persekolahan yang disediakan bagi sesi pagi dan sesi petang.
2. Loceng pertama sekolah akan berbunyi 5 minit sebelum masa persekolahan bermula sebagai loceng isyarat.
3. Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah untuk persediaan masuk ke kelas masing-masing apabila diarahkan oleh guru selepas loceng kedua berbunyi.
4. Murid-murid hendaklah datang lebih awal dari masa persekolahan bermula, kecuali dengan alasan munasabah.
5. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sekolah pada waktu tersebut kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.
6. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah menulis surat kepada Guru Tingkatan atau memberikan surat cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor kepada Guru Tingkatan secepat mungkin.
7. Murid-murid yang hendak ke hospital mestilah mendapatkan surat akuan untuk rawatan daripada guru bertugas atau dari pejabat sekolah.
8. Murid-murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang perjumpaan atau mesyuarat pada masa persekolahn kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua.
9. Murid-murid tidak dibenarkan membawa notis pengumuman atau mengutip yuran persatuan dari kelas ke kelas semasa waktu persekolahan kecuali pada waktu rehat atau dalam kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua.
10. Murid-murid tidak digalakkan menggunakan alamat sekolah dalam urusan surat-menyurat peribadi. Sekiranya murid-murid menggunakan alamat sekolah, pihak sekolah berkuasa membuka surat-surat tersebut. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab tentang sebarang kerosakan ataupun kehilangan surat yang dialamatkan ke sekolah.

Analisis:
Dalam hal ini terdapat banyak peraturan disiplin yang tidak dipatuhi oleh murid. Hal ini berlaku kerana kurang keberkesanan peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir itu sendiri. Di samping itu, guru disiplin juga tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam menangani kes-kes perlanggaran disiplin. Contoh perlanggaran peraturan yang berlaku adalah seperti kebenaran meninggalkan sekolah. Pihak pentadbir seolah-olah tidak mahu menanggung risiko sekiranya terjadi apa-apa kepada murid sehinggakan mereka bebas untuk keluar masuk dengan alasan sakit. Sesetengah alasan yang diberikan ialah sakit perut.

Murid bebas mengutip yuran persatuan dari kelas ke kelas dengan kebenaran guru persatuan itu sendiri. Kutipan ini dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Kadang-kadang ada juga maklumat atau notis yang berkaitan dengan persatuan disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid juga kerap mengadakan perjumpaan pada waktu persekolahan sedang berjalan dengan alasan mendapat kebenaran daripada guru persatuan. Hal ini berlaku kerana sikap guru yang menganggap bahawa masalah disiplin yang berlaku di hadapan mata mereka bukannya masalah mereka, tetapi ia adalah masalah guru disiplin, pihak pentadbir dan sekolah.

Waktu Pengajaran & Pembelajaran
1. Apabila guru/pengetua/pelawat masuk ke bilik darjah, murid hendaklah bangun dan mengucapkan selamat atau memberi salam dan mengucapkan “Terima Kasih” waktu mereka meninggalkan bilik darjah.
2. Murid dilarang menimbulkan suasana bising dan mengganggu ketenteraman bilik darjah.
3. Murid-murid mestilah mendapat kebenaran daripada guru untuk keluar darjah atau masuk ke bilik darjah.
4. Apabila guru tidak ada di dalam bilik darjah, Ketua Tingkatan bertanggungjawab menghubungi guru tersebut atau Guru Gantian sekiranya guru matapelajaran tersebut tidak hadir.
5. Semasa ke makmal atau meninggalkan makmal, murid-murid hendaklah berjalan dalam dua barisan didahului oleh murid perempuan dan barisan tidak boleh berpecah.
6. Kelas-kelas mestilah dikunci semasa murid-murid hendak ke makmal atau pelajaran senaman dan waktu persekolahan habis/tamat.

Analisis:
Peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh murid, dari aspek beratur berdua-dua ke makmal, bengkel atau surau. Hal ini terjadi kerana tahap disiplin yang rendah serta kurangnya tanggungjawab sebagai seorang murid. Kelas-kelas tidak pernah dikunci selain pada waktu tamat persekolahan sahaja. Ini adalah disebabkan oleh kurangnya penekanan dari aspek keselamatan harta benda murid oleh pihak sekolah.

Waktu Perhimpunan
1. Semua murid dikehendaki menghadiri sebarang bentuk perhimpunan yang diarahkan oleh pihak sekolah.
2. Semua murid dilarang membuat sebarang bentuk perhimpunan sendiri di luar bidang pelajaran, olahraga dan persatuan atau pertubuhan yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
3. Apabila sesuatu perhimpunan diadakan semua murid dikehendaki segera ke tempat perhimpunan.
4. Semasa perhimpunan, murid mestilah berada dalam barisan lurus dan tidak membuat bising bahkan mesti menjaga tingkah laku masing-masing. Ketua Tingkatan dan pengawas mestilah mengawasi murid-murid di bawah jagaan masing-masing.

Analisis:
Kadar kebisingan murid pada waktu perhimpunan adalah sederhana kerana terdapatnya pengawasan yang dilakukan oleh pihak pengawas dan guru bertugas. Kadar kebisingan akan menjadi rendah apabila Pengetua datang untuk memulakan upacara perhimpunan. Amat payah sekali bagi sekolah harian mempraktikkan keadaan senyap sunyi semasa perhimpunan kerana kurangnya komitmen daripada murid dan guru itu sendiri.

Waktu Rehat
1. Sebarang masa murid-murid dibebaskan daripada menerima pelajaran di bilik darjah atau di tempat-tempat tertentu adalah dianggap masa rehat.
2. Pada waktu rehat, murid dilarang beradadi dalam bilik darjah dan di kawasan larangan yang lain.
3. Murid-murid dibenar minum sahaja selepas waktu senaman dan dilarang sama sekali makan dan minum di dalam kelas.
4. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke bahagian dalam kantin untuk makan atau membeli makanan pada bila-bila masa.

Analisis:
Pada waktu ini kadar kebisingan akan menjadi lebih tinggi kerana kurangnya kawalan dari aspek kebisingan. Akan tetapi dari aspek lain iaitu beratur dan tatacara membeli makanan adalah amat teratur. Kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah pada waktu rehat ialah kekurangan tempat untuk makan kerana saiz kantin yang tidak mampu menampung jumlah murid yang ramai dalam satu masa. Pihak sekolah mengambil inisiatif dengan membahagikan waktu rehat kepada dua bahagian tetapi masih lagi terdapat kekurangan dari aspek yang sama.

Waktu Matapelajaran Pendidikan Jasmani
1. Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani , semua murid mestilah keluar berkumpul di padang permainan (tempat-tempat yang ditetapkan oleh Guru Pendidikan Jasmani) kecuali hujan.
2. Pakaian lengkap untuk tujuan Pendidikan Jasmani hendaklah dipakai semasa pelajaran ini dijalankan.
3. Murid-murid tidak dibenarkan:-
3.1 Berada di tempat-tempat lain.
3.2 Keluar meninggalkan kawasan Pendidikan Jasmani tanpa kebenaran.
3.3 Berada di dalam kelas.
3.4 Memakai pakaian seragam sekolah.

Analisis:
Peraturan ini boleh dikatakan kurangnya komitmen daripada pihak sekolah kerana Pendidikan Jasmani hanya dianggap sebagai mata pelajaran sampingan. Ia bukanlah mata pelajaran utama yang perlu diberi penekanan. Hal ini terjadi kerana trend pendidikan hanya menumpukan kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik yang menjadi kayu pengukur akan tahap pendidikan dan sosial sesuatu insan. Pihak sekolah berasa bertanggungjawab memenuhi kehendak yang diingini oleh para waris yang mahukan anak mereka berjaya dalam pelajaran kerana murid-murid ini adalah amanah yang diberikan oleh waris kepada pihak sekolah. Masalah peraturan itu dipatuhi atau tidak, bukanlah satu masalah utama yang perlu pihak sekolah atasi dengan segera dan berkesan.

Waktu Pulang
1. Apabila arahan pulang diberi atau loceng akhir dibunyikan, semua murid dikehendaki keluar daripada bilik darjah dalam keadaan yang tidak bising.
2. Murid-murid hendaklah mematuhi arahan-arahan pengawas di tempat letak basikal dan di jalan raya.
3. Murid-murid yang mengalami masalah untuk pulang hendaklah melaporkan segera kepada Guru Bertugas.

Analisis:
Peraturan ini juga tidak diberi penekanan kerana dewasa ini sudah menjadi trend bagi para waris untuk mengambil dan menghantar anak-anak mereka dari sekolah. Isu murid menghadapi masalah untuk pulang tidak timbul. Di samping itu kemudahan pengangkutan juga mempengaruhi peraturan ini tidak dititikberatkan. Ini berlaku kerana ada sesetengah murid yang datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan sendiri seperti basikal, motorsikal dan kereta. Peranan pengawas dan guru bertugas hanyalah sekadar untuk melepaskan murid keluar dari kawasan sekolah dan melintas jalan sahaja.

Diubahsuai daripada petikan mozais ‘Laman Generasi Guru”… s/u HEM

Sampai di sini sahaja entri ‘Peraturan Sekolah : Satu Kajian Kes’

“Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan”

Peratuan Sekolah : Satu Kajian Kes (iii)

Sambungan entri terdahulu ….

BAHAGIAN B : PERAWAKAN MURID PEREMPUAN

1. Rambut (KP.8534/Vol.11/658)
a. Murid-murid mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan bersih.
b. Murid-murid dilarang berfesyen secara keterlaluan.
c. Murids-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.
d. Murid-murid yang berambut panjang mestilah mengikat rambut mereka. Mereka boleh mengikat satu(ekor kuda)atau ikat dua dan tidak berfesyen-fesyen.
e. Rambut boleh ditocang satu atau dua dan tidak lebih daripada bilangan tersebut.
f. Reben yang boleh digunakan ialah jenis biasa, tidak berkilat-kilat atau bercorak. Warna yang dibenarkan ialah hitam, biru muda, biru tua, dan putih.
g. Murid-murid hanya boleh menggunakan sepit rambut biasa dan berwarna hitam sahaja.

Analisis:
Aspek ini menampakkan tahap disiplin yang sangat rendah dalam kalangan murid terutamanya murid-murid berketurunan Cina. Hal ini berlaku mungkin kerana faktor persekitaran serta trend semasa. Namun begitu, pihak sekolah terutamanya para guru tidak membiarkan perkara ini berleluasa. Tindakan oleh pihak sekolah kerap diadakan tanpa mengira waktu yang ditetapkan. Murid yang melanggar peraturan ini terus diambil tindakan dengan menghubungi ibu bapa serta diminta membuat perjanjian dengan pihak sekolah agar perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

2. Tudung (KP.BS8591/Jld.11/(2))
a. Murid-murid dibenarkan memakai mini telekung atau skaf berwarna putih atau biru gelap/tua bagi pengawas.
b. Panjang mini telekung mestilah setakat menutup dada dan jangan terlalu labuh.
c. Murid-murid boleh menjahit renda yang sewarna dengan kain tudung dan lebarnya tidak lebih daripada 1 sentimeter.
d. Biku yang terdapat di bahagian tepi kain tudung mestilah daripada corak bunga yang kecil sahaja dan tidak berlubang-lubang. Lebarnya tidak lebih daripada 1 sentimeter.
e. Anak telekung mestilah berwarna putih bagi pelajar biasa dan warna hitam atau biru tua bagi pengawas.
f. Murid--murid yang memakai skaf mestilah mengikatnya dengan kemas dan jangan diikat sebelah tepi atau dipakai berfesyen-fesyen.
g. Pin yang digunakan untuk skaf atau mini telekung mestilah berwarna putih atau biru gelap untuk pengawas.

Analisis:
Bagi aspek ini pula didapati murid mematuhi peraturan tatacara memakai tudung. Dalam aspek ini boleh dikatakan tiada masalah perlanggaran peraturan sekolah yang dilakukan oleh murid.

3. Baju (KP.BS8591/Jld.11/(2))
Murid-murid perempuan mestilah memakai baju berwarna putih.
a. Saiz baju mestilah sesuai dengan tubuh badan.
b. Labuh baju kurung mestilah melepasi punggung.
c. Murid dibenarkan memakai baju kurung moden tetapi janganlah singkat dan ketat hingga mirip kepada baju kebaya.
d. Baju mestilah berleher belah depan dan dikenakan kancing baju sama ada bercakuk atau butang putih atau reben putih bersaiz kecil.
e. Belahan leher baju di bahagian hadapan janganlah terlalu panjang.
f. Murid-murid dilarang memakai baju yang diperbuat daripada kain jarang.
g. Murid-murid tidak dibenarkan memakai baju cekak musang.
h. Blaus berlengan panjang hanya boleh dipakai oleh murid-murid tingkatan 6 dan pengawas.
i. Nurid-murid dilarang melipat lengan baju mereka.

Analisis:
Dari segi pemakaian baju bolehlah dikatakan murid memakai pakaian yang sempurna dan mengikut peraturan. Namun begitu, ada juga murid yang membuat baju daripada kain yang jarang sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat.

4. Kain
a. Murid-murid perempuan hanya dibenarkan memakai kain berbentuk “A Line” atau kain susun tepi.
b. Kain mestilah tidak terlalu labuh dan tidak terlalu singkat.
c. Warna kain yang dibenarkan ialah biru laut kecuali pelajar tingkatan 6 warna kainnya boleh sewarna dengan warna kain seluar pelajar lelaki.

Analisis:
Keseluruhannya boleh dikatakan baik kerana semua murid mengikut arahan yang ditetapkan. Namun begitu,, ada juga murid perempuan yang menyingkatkan kainnya dengan melipat naik ke atas. Ini menyebabkan tindakan sewajarnya dilakukan oleh guru perempuan dengan menyuruh murid yang melipat kain ke atas membukanya semula.

5. Stokin
a. Peraturannya sama dengan yang dikenakan kepada murid lelaki.
b. Murid-murid tidak dibenarkan memakai stokin yang sewarna dengan kulit(skin colour).
c. Murid-murid juga dilarang memakai stokin yang berenda.
d. Murid yang berbaju kurung dibenarkan tidak memakai stokin.

Analisis:
Secara amnya dapat dinyatakan bahawa semua murid perempuan memakainya walaupun terdapat pengecualian bagi murid yang berbaju kurung. Mungkin ini disebabkan oleh faktor kecantikan anggota badan amat dititikberatkan oleh murid-murid perempuan. Kesimpulannya, tiada masalah yang timbul dari aspek ini.

6. Kasut
Murid-murid perempuan hendaklah memakai kasut putih sebagaimana peraturan yang dikenakan kepada murid lelaki kecuali murid-murid tingkatan 6 dan pengawas dibenarkan memakai kasut hitam yang bukan bertumit kecil dan tingginya tidak melebihi 3 sentimeter.

Analisis:
Dalam aspek ini semua murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.

7. Cermin Mata
Sama seperti peraturan yang dikenakan kepada murid-murid lelaki.

Analisis:
Aspek ini juga tiada masalah yang timbul dan murid mematuhi peraturan.

8. Barang Kemas/Perhiasan dan Alat Solek
1. Murid-murid dilarang memakai barang kemas kecuali jam tangan.
2. Bagi yang bertindik, subang yang dibenarkan adalah subang kecil yang ukurannya tidak lebih daripada 1 sentimeter. Rupa bentuk subang mestilah ringkas. Subang yang mmempunyai permata tidak dibenarkan.
3. Murid-murid dilarang memakai apa-apa sahaja bentuk perhiasan dan mengenakan apa-apa sahaja bentuk perhiasan dan mengenakan apa-apa sahaja alat solek semasa berada di sekolah.

Analisis:
Aspek ini diberi penekanan yang tinggi oleh pihak sekolah supaya murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini mungkin kerana faktor persekitaran yang menyebabkan pihak sekolah mengambil tindakan agar mereka mematuhinya. Hal ini demikiian kerana sekolah ini terletak di kawasan Bandar - murid terdedah kepada bahaya dan ancaman yang tinggi.

9. Kuku
1. Murid-murid mestilah memelihara kesihatan dan kerapian kuku. Kuku mestilah sentiasa bersih dan pendek.
2. Murid yang berkuku panjang, berkuku kotor dan mewarnakan kuku dianggap telah melanggar peraturan sekolah dan boleh diambil tindakan disiplin.

Analisis:
Dalam hal ini, tumpuan yang kerap diberi tindakan adalah dari segi pemeriksaan kuku bagi memastikan kuku dijaga dengan elok. Pemeriksaan kuku dilakukan oleh para guru pada setiap masa tanpa mengira tempat dan waktu.

10. Pakaian untuk Bersukan
Murid-murid hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk bersukan.

Analisis:
Secara keseluruhannya murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan memakai pakaian yang sesuai dengan permainan.

11. Pakaian Sewaktu Menghadiri Aktiviti Selepas Sekolah
11.1. Murid-murid mestilah memakai pakaian sekolah dan tidak berselipar apabila berada di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan.
11.2. Murid-murid dibenarkan memakai baju ‘T’ putih tanpa sebarang lukisan kecuali baju ‘T’ yang dikeluarkan oleh sekolah.

Analisis:
Dalam aspek ini peraturan telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan sekolah juga telah menyediakan baju ‘T’ berlambangkan sekolah. Namun begitu, sikap sesetengah murid cuba menguji dan mencabar pihak sekolah dengan tidak memakai pakaian yang ditetapkan. Tindakan yang diambil oleh pihak sekolah adalah dengan tidak membenarkan murid tersebut mengambil bahagian dan diarah untuk keluar dari kawasan sekolah.

Diubahsuai daripada petikan mozais ‘Laman Generasi Guru”… s/u HEM

Peraturan Sekolah : Satu Kajian Kes (ii)

Sambungan entri terdahulu ....

BAHAGIAN B : PERAWAKAN MURID LELAKI

1. Rambut (Pekeliling KP (BS)8543/Vol.11/(58)
a. Murid-murid mestilah berambut pendek tidak mencecah kolar dan tidak mencecah telinga. Pelipis rambut tidak melebihi setengah daripada telinga.
b. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan rambut.
c. Murid-murid dikehendaki menipiskan pelipis dan belakang.
d. Murid-murid perlulah berambut kemas dan bersih.
e. Murid-murid dilarang menyimpan jambang, janggut, janggut sepat dan misai.
f. Murid-murid tidak boleh mewarnakan dan mengerintingkan rambut.
g. Murid-murid tidak dibenarkan membotakkan kepala.

Analisis:
Dalam aspek ini, pemeriksaan rambut dilakukan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan ini dilakukan kerapkali pada waktu selepas perhimpunan. Sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan ia dilakukan di dalam kelas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan dibantu oleh guru disiplin bersama-sama dengan beberapa orang guru lain.

2. Cermin Mata
a. Murid boleh memakai cermin mata atas nasihat doktor.
b. Cermin mata yang dipakai mestilah berkeadaan baik dan selamat.

Analisis:
Untuk aspek ini tidak berapa dititikberatkan kerana ia dianggap sebagai perkara biasa. Setakat ini murid yang memakai cermin mata hanyalah daripada golongan yang sepatutnya memakai cermin mata kerana masalah penglihatan.

3. Pakaian (KP.BS8591/Jldd.11/(2) dan 8591/Jld.11/(39)

3.1 Lencana Sekolah
a. Murid-murid hendaklah melekatkan lencana sekolah di atas daripada saku baju.
b. Murid-murid digalakkan memakai tanda nama dan lencana sekolah tetapi tanda nama tidak boleh digunakan sebagai gantian lencana sekolah.

Analisis:
Pada keseluruhannya para pelajar mematuhi peraturan ini. Ini mungkin kerana lencana yang digunakan adalah dari jenis kain yang sememangnya kena jahit di poket baju. Pengecualian hanya diberikan hanya kepada pengawas sekolah sahaja.

3.2 Baju
a. Murid-murid hendaklah memakai baju warna putih dan berkolar dengan mempunyai satu sahaja poket – iaitu terletak di sebelah kiri.
b. Murid-murid digalakkan memakai baju tangan pendek. Lengan baju tidak boleh dilipat.
c. Saiz baju hendaklah sesuai dengan badan, berbutang putih dan dimasukkan ke dalam.
d. Singlet mestilah berwarna putih (jika dipakai).
e. Baju yang bernila mestilah tidak mengubah warna asal baju.

Analisis:
Bagi aspek ini terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid. Perkara ini berlaku kerana kurangnya kefahaman oleh murid tentang peraturan berpakaian di dalam kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana sekolah ini mempunyai dua sesi dan murid menganggap bahawa apabila sesuatu sesi itu tamat masa persekolahannya, maka sesi yang satu lagi tidak berhak membuat atau mengambil tindakan disiplin terhadap mereka. Hal ini selalunya terjadi pada murid sesi pagi.

3.3 Seluar
a. Murid-murid boleh memakai seluar pendek atau seluar panjang berwarna hijau hitam (dark olive).
b. Murid-murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket jenis bertampal dan berbutang besi.
c. Seluar yang dipakai mestilah tidak terlalu ketat.
d. Labuh seluar mesti melampaui buku lali dan tidak mencecah lantai. Lebar kaki seluar tidak terlalu kecil atau terlalu besar (sesuai dengan ukuran pemakai).
e. Bagi murid-murid yang memakai seluar jenis bertali pinggang, tali pinggang mestilah tidak melebihi 1 ½ inci, tidak berkepala besar, mempunyai satu warna sahaja iaitu warna gelap dan mesti dipakai dengan kemas.
f. Seluar yang dipakai mesti berjahit di bahagian kaki.
g. Murid-murid juga tidak dibenarkan memakai seluar jenis Bermuda dan Jean.

Analisis:
Dalam hal ini juga terdapat sedikit kesulitan. Hal ini berlaku kerana murid seakan-akan terikut pada perkembangan fesyen semasa. Ada sesetengahnya memperagakan fesyen dari zaman sebelumnya dengan membuat stail carrot, kaki kecil, kaki seluar menyapu lantai dan seluar tergantung. Dari segi pemakaian tali pinggang juga terdapat berbagai-bagai stail dan warna penggunaan tali pinggang. Ini berlaku kerana tali pinggang dianggap sebagai pelengkap pakaian.

3.4 Stokin
Murid-murid mestilah memakai stokin berwarna putih dan melebihi 5 inci melepasi buku lali tanpa apa-apa hiasan.

Analisis:
Aspek ini yang paling ketara sekali kerana boleh dikatakan ¾ pelajar mengamalkan pemakaian kasut tanpa stokin. Hal ini berlaku kerana ada sesetengah bilik atau kelas dan selain dari pejabat, murid harus membuka kasut dan stokin. Ini menyebabkan murid menganggap bahawa pemakaian stokin adalah tidak perlu kerana faktor-faktor tersebut.

3.5 Kasut
Jenis kasut yang dibenarkan ialah:-
a. Kasut jenis kanvas atau bahan sintetik lain berwarna putih mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara.
b. Kasut separuh kanvas putih kesemuanya kecuali bahagian tapak.
c. Kasut berwarna hitam hanya dibenarkan untuk pengawas dan pelajar-pelajar tingkatan 6 sahaja.
d. Kasut hitam mestilah bertumit tidak melebihi 3 sentimeter.

Analisis:
Dalam aspek ini didapati mmurid mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Boleh dikatakan kesemua murid mematuhi peraturan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

(Diubahsuai daripada petikan mozais ‘Laman Generasi Guru’...s/u HEM)

Peraturan Sekolah : Satu Kajian Kes (i)

Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang diakui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkahlaku manusia yang berada di dalamnya.

Maksud peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah untuk mengawal tingkahlaku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku, ia akan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ia juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni ini adalah penting bagi setiap murid untuk menghadapi situasi yang sebenar dalam alam kehidupan realiti.

Di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan warga SMKTP berkait dengan peraturan sekolah. Entri ini memaparkan satu kajian kes yang dilakukan di sebuah sekolah menengah harian biasa, kategori sekolah bandar di sebuah negeri di Pantai Timur. Terdapat 4 entri kesemuanya, dan diharap paparan ini dapat memberi manfaat kepada kita dalam usaha meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan murid di SMKTP.

Berikut ialah laporan kajian kes peraturan sekolah :

Kajian kes ini terbahagi kepada 3 bahagian :

BAHAGIAN A : TUJUAN

1. Membentuk keperibadian murid-murid untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
2. Melatih murid-murid menerima dan mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan, kawalan-kawalan dan arahan secara insaf dan bertanggungjawab.
3. Melahirkan suasana disiplin sekolah yang sempurna untuk melicin dan menjamin kejayaan pelajaran dan pendidikan.
4. Membentuk dan melahirkan akhlak yang mulia dalam kalangan murid dalam hubungan mereka dengan sekolah dan masyarakat.

Jika dilihat pada tujuan peraturan ini diadakan, jelas ia adalah untuk membentuk peribadi dan tingkahlaku murid bersesuaian dengan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga adalah proses penyediaan murid-murid dalam hubungan mereka dengan masyarakat dan Negara

(Diubahsuai daripada petikan mozais ‘Laman Generasi Guru’.....s/u HEM)

Anjung Muafakat Sambut Tetamu

Untuk renungan dan dikongsi bersama ....
PDF Print E-mail

Image Sekolah adalah antara organisasi yang sentiasa menerima tetamu atau pelanggan dengan pelbagai urusan. Antara yang kerap hadir ke sekolah ialah ibu bapa murid yang mahu berurusan dengan guru atau jurujual yang ingin mempromosi bahan dagangan mereka kepada guru dan kakitangan sekolah. Guru selalunya tidak selesa sekiranya ibu bapa murid bertemu mereka di bilik guru kerana keadaan di bilik guru yang biasanya tidaklah begitu kemas tersusun. Kehadiran jurujual di bilik guru pula sering menimbulkan kontroversi apabila ada guru mengadu kehilangan barangan berharga seperti telefon bimbit yang diletakkan di atas meja guru.

Bagi mengatasi perkara ini, ibu bapa dan jurujual tidak dibenarkan bertemu guru di dalam bilik guru. Sebaliknya disediakan satu ruang khas bagi membolehkan mereka bertemu dan berbincang dengan selesa.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, terdapat satu sudut di luar pejabat yang agak lapang. Sudut ini dinaik taraf dan dijadikan tempat pertemuan guru dengan tetamu. Ia dikendalikan guru Bimbingan dan Kauseling sekolah dan ruang ini dinamakan Anjung Muafakat. Daripada nama yang diberikan, ibu bapa atau tetamu akan mendapat gambaran apabila mereka berbincang di sudut itu, ia bertujuan ke arah permuafakatan.

(Dipetik daripada majalah Pendidik Jun 2009)

Saturday, July 11, 2009

Bidang Tugas Utama Unit HEM

SENARAI TUGAS UTAMA UNIT HAL EHWAL MURID

  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberikan idea dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal, dan jika perlu mengkaji semula peraturan-peraturan sekolah dari semasa ke semasa.
  2. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan murid demi kepentingan mereka.
  3. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Pengetua sebelum tindakan diambil terhadap pelajar berkenaan.
  4. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut.
  5. Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan bantuan dan kebajikan murid seperti SPBT, KWAMP, pendaftaran dan perpindahan murid dan sebagainya.
  6. Menimbang dan menerima pandangan serta cadangan daripada pelajar, guru, dan ibu bapa tentang hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
  7. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.
  8. Merancang dan mengendalikan mesyuarat sekiranya perlu.

8.1 Terdapat dua jenis mesyuarat jawatankuasa iaitu mesyuarat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan terpulang kepada keperluan budi bicara pengetua.

8.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan peraturan yang digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar. Semua ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

8.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Pengetua/Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan. Dalam semua mesyuarat sidang kes, AJK dikehendaki hadir.


Norma dan Etika Kerja Unit HEM

Bertanggungjawab terhadap murid :

1. Berfokus kepada kebajikan dan keselamatan murid.

2. Bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Bekerja dalam satu pasukan (team work), berkongsi maklumat, memupuk semangat dan sikap positif ingin maju.

5. Mengalakkan sikap keterbukaan.

6. Menggalakkan komunikasi dua hala yang berkesan dan membina hubungan interpersonal yang tinggi.

7. Membina disiplin diri murid dengan menggabungkan aspek-aspek positif pada diri individu.

Thursday, July 9, 2009

4 Dekad GPK HEM SMKTP

Dari tahun 1969 @ 1970 sehingga sekarang (2009), iaitu selama hampir 40 tahun terdapat seramai 7 orang personel yang menjawat jawatan GPK HEM di SMK Tanah Putih.

Sehingga pertengahan tahun 1980-an, GPK 1 menjalankan semua tugas GPK, termasuk pentadbiran, kurikulum, HEM & kokurikulum. Jawatan GPK (HEM) hanya diperkenalkan di sekolah-sekolah mulai pertengahan tahun 1980-an.

Berikut ialah senarai GPK HEM di sekolah ini mulai tahun 1970 sehingga sekarang (2009).


2006 - sekarang


:


PUAN NOOR AINI BT. MUHAMMAD


2000 - Jan 2006

:

ENCIK IBRAHIM B. MAT AKIL


1995 - 1999

:

PUAN JAMALIAH BT. ZAINAL ABIDIN


1989 - 1995

:

PUAN MERIAM BT. SAMAD


1987 - 1888

:

ENCIK YAP PEKAN


1982 - 1987

:

ENCIK KEOK SOO HAU


1970 - 1982

:

ENCIK KOK KWAI HOE



Mereka telah banyak memberi sumbangan ke arah pembangunan dan perkembangan hal ehwal murid di SMK Tanah Putih.

Tuesday, July 7, 2009

Struktur Organisasi HEM

Untuk menjayakan pengelolaan program dan perkhidmatan HEM di sesebuah sekolah, unit ini biasanya mempunyai struktur organisasi yang tertentu yang diubahsuai dan ditambah mengikut keperluan di sekolah. Berikut ialah struktur asas unit HEM yang mempunyai beberapa bahagian di bawah kawalannya dan setiap bahagian atau bidang ini mempunyai objektif, dasar, pelaksanaan dan kumpulan sasaran masing-masing.


UNIT HAL EHWAL MURID

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH

KUANTAN, PAHANG


Pengerusi

:

Encik Moy Wah Goon (Pengetua)

Timbalan Pengerusi

:

Puan Noor Aini Muhammad (GPK HEM)

Naib Pengerusi (1)

:

Encik Chan Seng Fook (GPK1)

Naib Pengerusi (2)

:

Puan Lee Nyit Fong (Penyelia Petang)

Setiausaha

:

Puan Roshanilawatey Bt. Jusoh

Kaunselor Murid

:

Puan Rohani Bt. Deraman

Guru Kanan Disiplin (Pagi)

:

Encik Chin Wai Fatt

Guru Kanan Disiplin (Ptg)

:

Puan Rohani Draman

Penyelaras Badan Pengawas

:

Encik Sebastian Rajah

Penyelaras Maj. K.Tingkatan

:

Puan Suriana bt. Ali

Penyelaras Biasiswa (Pagi)

:

Puan Lailatul Adawiyah

Penyelaras Biasiswa (Ptg)

:

Puan Sharifah Bt. Mat Zain

Penyelaras Kebajikan Murid

:

Puan Sharifah Murshida Syed Zain

Penyelaras SPBT

:

Puan Zuraidah Bt. Ahmad

Penyelaras Kesihatan Murid

:

Puan Adhipah Bt. Kandar

Penyelaras Keselamatan &

:

Encik Nazri B. Mamat

Pencegahan Kebakaran



Penyelaras Kantin

:

Puan Suriani Bt. Awang

Pengerusi Kelab Staf

:

Tuan Haji Abdul Razak B. Yahya


Personel dalam Pengurusan HEM

Personel adalah komponen yang paling penting dalam sesuatu organisasi. Kualiti pengurusan sesebuah organisasi dan keluarannya bergantung terus kepada kualiti personelnya. Oleh hal yang demikian, semua personel dalam pengurusan HEM sama ada profesional atau bukan profesional hendaklah sentiasa segar dari segi pengetahuan dan latihan mereka. Terdapat beberapa ciri kualiti yang perlu ada pada personel HEM daripada Pengetua, Pen. Kanan HEM, kaunselor dan staf –staf yang lain iaitu:

1) Komited terhadap pengurusan HEM.

2) Berkemahiran mengenalpasti dan memahami permasalahan pelajar dan menyelesaikannya.

3) Berpengalaman memahami perkembangan personaliti pelajar.

4) Berinisiatif untuk menjayakan pengurusan HEM.

5) Berupaya mewujudkan suasana yang selamat dan kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P & P) Unit Hal Ehwal Murid di Sekolah

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) atau di sesetengah sekolah dinamakan seperti Majlis HEM, Unit Personalia Pelajar dan lain-lain yang membawa konotasi yang sama adalah satu unit yang diwujudkan di bawah pengelolaan Penolong Kanan (HEM) di sekolah-sekolah untuk menguruskan perkhidmatan hal ehwal murid.

Peranan utama unit ini adalah untuk mengendalikan pelbagai program dan perkhidmatan serta pengurusan yang tersirat dalam kurikulum sekolah sama ada berupa akademik atau kokurikulum iaitu:

1) Merancang program aktiviti dan teknik pelaksanaan semua aktiviti untuk per kembangan sahsiah pelajar.

2) Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan aktiviti pelajar.

3) Mempertingkatkan akhlak dan nilai hidup pelajar, membina personaliti dan membentuk sikap pelajar yang positif dan progresif.

4) Mengawasi keselamatan, menjaga kesihatan dan memelihara kebajikan pelajar.

5) Membina semangat kasih sayang kepada diri sendiri, ibu bapa, agama dan negara.


PENGENALAN

Pengurusan Hal-Ehwal Murid (HEM) merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Pengurus/pemimpin sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dihasilkan oleh pendidikan.

Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Oleh itu untuk mencapai hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya pelajar-pelajar.

Followers